Monday, November 21, 2011

Bukan Hadiah Biasa. .!!!

Salam. .hye guyz!!kowang sume sihat ke?? Fuhh lama x menulis rasa ketaq tangan ni. jadi keras. .huhu. . rasanya da cukup 6 bulan saya tak mencarut kat sini. .astaghfirullah. .bahasa pe ni. .??? sori2. .hehehe


Pe pown untuk starting selepas enam bulan ni saya nak menulis sikit je la kot. .(tu pon klu xde idea. .). pe yang ingin saya ceritakan korang sume da taw n mebi satu ASEAN ni taw. . kita menang!!!!!MALAYSIA BOLEH!! wah,semangat tiba2. mebi tu la rezki kita sebab kita berada dalam golongan yang teraniaya sepanjang sukan SEA berlangsung. akhirnya mereka terpaksa mendengar lagu Negaraku bergema di Stadium Glora Bung Karno. Puas ati. .huh!


Yang pasti saya xdapat tengok sampai akhir coz xlarat n meluattttt tgk lakonan x bertauliah pemain Indon. .menyampah!! da bez part is ni la hadiah terbaik saya sempena befday saya yang ke-22. .kowang xnk wish kew???huhu. .even sedih n terkilan coz xdpt nak celebrate ngan insan n family tersayang jadi la celebrate sorang2. siap beli Marrybrown. tu jew mampu dik. .huhu. . papepown saya epi. .

teman saya celeb befday. .sadis jew. .



Hepi befday 2 me. . .hepi befday 2 me. . .hepi befday hepi befday. . . .hepi befday 2 me. . .
(kalau korang nak join nyanyi skali pown boleh.)


p/s:makin famez la player Harimau Muda. .wa caya sama lu. .(:
Read more...

Thursday, May 19, 2011

Malam Pertama

Eyh,hye!!

Amboi2!!tengok tajuk ala-ala 18sx gitu laju je tekan,kan. ni la budak2 zaman skang. ish2!!(warak r konon. .hehe). 



Korang jangan anggap saya nak wat story 18sx eyh. aush!simpang malaikat 44,au. .huhu. . malam pertama yang dimaksudkan bukan malam pertama tuutt eyh. kena paham sikit konsep tu. .hahaha. . cam lect lak. korang la ni.




Ri ni malam pertama saya terpaksa ditinggalkan oleh rumate coz dye da abiz exam. .uwaaa!!!!! xaci2!!huhuhu. .:'( kalau sehari ly time lagi ni seminggu kowt. eerrrgghh!!! UNFAIRABLE toi. so, stat malam ni cmpe 24hb malam saya akan tidow sorang2. xly tidow la jawabya. .hmmm =.="



PENGUMUMAN!!PENGUMUMAN!!ADA SAPE2 YANG NAK TUMPANGKAN SAYA TIDOW BERSAMA2 ANDA???POR FAVOR. . . . .ooppss!!!terskiping spanish lak. .hehehe



Tapi, malam pertama ni eyh silap malam pertama ditinggalkan ni saya agak bernasib baik coz ada sorang membe yang baik hati iaitu Layha Adnan sudi tidow kat bilik saya. tapi malam ni je la. camne ngan sok, sok n sok????hmmmm 



Tetiba rindukan my sayang rumate. agak2 da sampai klate ke lom ni. masok bilik tadi lepas anta dye ase sunyi n sayu jew. dye jarang tinggalkan saya sorang2 au. ye la. .mandi sama2, tdow sama2, mam sama2, pe ag. . .emmmm. . .ha,g kelas sama2. sume sama la. t mesti rindu nak karok sama2. bia la sore xsedap pown. janji kami pueh aty. jangan jelez,k. 


c u next sem CHE ZURIANA. .miz u alwayz. .(jangan pk bukan2,k. .)^_^v

kenangan g karok dulu. .>_<



p/s:spanjang seminggu tidow peh subuh kowt. .hmmm

Read more...

Wednesday, May 18, 2011

ouch! 'pimple' berdarah. .!!


ARRGGHH!!JERAWAT!!



Hye guyz!!pernah x korang mengalami situasi di atas???oopsss!!silap2. 4 da galz only. korang pernah x alami keadaan sedemikian??(mmg skema sungguh ayat. .huhu). yup, entry kali ni berkaitan ngan pimple.



Pimple atau cakap melayunye jerawat. MUSUH KETAT orang pompuan kowt termasuklah saya. .hahaha. .korang tanya la mane2 galz kat dunia ni. especially yang abizkan duit untuk melawa. sape suka muka berjerawat. kompem takde yang angkat tangan. angkat kaki ada coz malaz nak layan korang. .huhu. . tapi dak laki pown lebih kurang gak,an. tumbuh jerawat baru da bising. .huhu. .kalah pompuan. aish!wat malu ja ampa ni. .huhu. .



Salah satu tabiat orang pompuan kalau tumbuh pimple ni adalah cuba sehabis mungkin nak buang pimple tersebut. wat la pe cara sekali pown. maunye x. bwu nek sjibik eyh sebijik da down. peh tu wat muka seposen. .huhu. . peh tu mula la g kedai cari pencuci muka yang ly ilangkan jerawat tu. cam dalam iklan tu. Gunalah T3. nipu je sume tu bedah oi. xberkesan pown. n xpown menggunakan kegatalan tangan untuk buang pimple tu. laz2. . . . . .



ARRRGGGHH!!BERDARAH!!TISU MANA TISU. CEPAT2!!NANTI MELELEH LAK. .hahaha. .toi x????

kalau ase nak follow cara ni ly jew. .^_^


Asal la korang nak usik. kan da kena. peh tu mula la muka berlubang2 cam kawah bulan. .hahaha. .muka saya pown da kena. siap kne tegur ngan adik ri tu.

"Akak, asal muka ko berlubang2???ko usik jerawat eyh???


Ha, amik kau!!memang sedap asenye. .hahaha. .=.=" Tu kalau kena kat diri sendiri. kalau yang ada boy lak. .????ha,ciap la korang. abiz muka korang diorang kerjakan. saya pown xpaham la. da banyak da saya tengok awex2 ni dok belek2 muka boy2 diorang sambil membuang segala pimple2 di muka. saya tengok pown nak suka. n boy tu lak ly wat muka innocent. cam relakan je. .huhu. .



Korang taw x pimple ni ada pantang. taw x??pantang dye korang xly tegur pimple yang ada kat muka sape2 yang korang nampak. xkira la boy korang ke, kawan2 or sedara mara even orang yang x dikenali, janganlah sesekali gatai mulut nak tegur,k. taw,nape???korang try test la tegur. kompem sok nek tempat yang sama. toi xtipu. diuji oleh ahli klinikal di US. .hahaha. .



So, pada sape2 yang ada masalah pimple korang janganlah ase rendah diri down ke ape. wat dek suda. orang pown xberani tegur n mengata. takut kene kat diowang alek. caye la.SMILE ALWAYS!!














p/s: ada sape2 tips ilangkan jerawat???;p

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Malam yang sentimental. .

Hye korang!!malam ni sungguh indah n mengasyikkan,an. kat tempat saya ni sejuk. almaklumlah baru lepas ujan. dok lak kat atas bukit. cam cameron u. jangan jelez!!hahaha. .ha,da nampak da tu muka2 jelez. .;p Aush!!time2 sejuk ni nak bersentimental bez gak ni. teeetttt!!!saya di lamun CINTAkah??apakah???



K2,tuka topik. .hehe. .adoii!!nk berjiwang pown xly r ampa ni. tapi,serious la malam yang hening lagi sunyi ni mengingatkan saya pada ibu saya la. aiyoo!!!miz ibu co heavy la!!huhu. .pe ibu wat malam2 ni??mesti da tidow,kn?? cian kat ibu. bangun pagi2 koi 5. tidow lak lewat. anak2 dye ni bek bebeno. suka wt ibu tdow lambat. bukak tb kuat2 la. gado2 men tumbuk2 campe langgar pintu. peh tu nangis. .haha. .tu la kejenye. tak pown jerit2 nme ibu sebab xjmpe barang. aish!sendiri punye barang sendiri simpan la wey. .adeyh!! tu la adik2 saya. bek sangat2,kan. .huhu. .cian kat ibu. pe la korang ni. saya gak bek. (glew xmalu puji diri. .huhu)




SAYA NAK BALIK UMAH!!!!! AARRRGGHH!!XKIRE2. .NAK BALIK UMAH JUGAKK!!HUHU. .IBU!!! (sambil hentak2 kaki). .


Woi!!!cam dak2 la. aish!!

Erm,lambatnya nak balik. exam pown lambat beno abisnye. aish!!!letih da den. .huhu. .kowang taw x saya memang manje ngan ibu au. ce korang teka saya anak ke bape???cepat la teka. .hehe. .lambat la korang ni. anak fez kowt. caye x???hehe. .manje ngalahkan adik2. 



Korang taw x pe yang bez kalau saya blik umah????mmg la bosan kalau dok umah jew. tapi ada 'special' sikit kalau melibatkan ibu. .hehehe. .^__^v
  • fez, dapat tidow nan ibu tiap2 malam. dalam saintifik tidow bawah ketiak ibu. .hehehehe
  • tiap2 ary dapat ase ibu cuap makanan. .hahaha. .jgn jelez!!!;p mud makan saya akan bertambah kalau ibu yang cuap. .hehe
  • ibu akan masak sedap2 than beli kat lua. .(minggu fez jew). .
  • dapat g jalan2. .sanggup cuti woooo. .hehee
  • dapat wat adik2 jelez cz xyah wat keje umah. .huhu
  • ni part paling bez. .dapat beli pe yang saya nak. mmg xlokek duit la. amik jew barang2 2. peh tu ltk kt kaunter. kompem bayar punye..haha xD

  
So, ni la sebabny nape saya windo sgt2 kt ibu saya n xsabar nak alek umah. .huhu. . ibu,tunggu eyh. .minggu depan ain alek ipoh. . MIZ U COOO HEAVY!!!!! mebi bagi korang saya mebi agak mengada2 tapi bagi saya bia la korang nak cakap pe pown coz tu la cara saya bermanja ngan ibu saya. so,don b jlez2,ya!!!

my beloved ibu. .



Ibu, ain syg ibu. ibu la ibu trbaekk dalam dunia. ibu r ibu n abah pada ain. ain mintak maap kalau ain ada wat salah ngan ibu. .n coe kalau tiap kali ibu tipon  ain mesti mintak wet. .coe. . .sob2!!:'(



p/s:sok nak tipon ibu la. .hmm



Read more...

Sunday, May 8, 2011

IBU. . .I lurve u fer Eva!!

Hye korang!!


Ri ni korang mesti taw an ri ni ary pe???mestilah ary ary AHAD!!hahaha. .tak la ary ni ary IBU!! so, SELAMAT HARI IBU to ollz ibu2 in da world. erm,paling xbez xdpt sambut taon ni. sebabnye???? ni sume exam punya pasal. .uwaaa!!!!nak balik. .huhu :(


Tapi xpe la. pagi2 lagi da kol ibu. tu pun sebab exam. saya bukan jenis selalu bangun awai. wah,agak jujur di situ. .hahaha. . papepown kol ibu bukan untuk wish semata2. tapi, nak mintak berkat untuk exam. hope ly jawab ngan tenang. almaklumlah. . . .exam fez,an. so, kne wt da bez supaya xganggu exam2 yang seterusnya. 


Papepown agak tenang gak jawab exam tadi even ada blur2 cket. tu normal bagi student cam saya yang suka sangat2 study laz minit. tapi, pagi ni saya hampir menitiskan air mata mendengarkan bait2 doa yang ibu saya sampaikan pagi tadi.(ayat skema r cik ain. .haha)



ain: ibu, selamat hari ibu!!!
ibu: terima kasih ain. .
ain: ain nak g exam pagi ni. .
ibu: ibu doakan kamu dapat jawab dengan baik, senang kamu nak jawab. semoga pada pagi ary ibu ni doa ibu dimakbulkan. .
ain: sob2!!~~
(tu jew yang ly cite. .yang len da masok bab len. .huhu)



Tu la ibu saya. walaupun saya banyak wat salah, beliau masih mendoakan untuk anak2nya. tu la yang dikatakan naluri seorang ibu. so,kawan2 hargailah ibu anda ketika mereka masih hidup. jangan menyesal di kemudian hari. n even saya tidak ada ayah sekurang2nya saya masih ada ibu. :-J

me wif my beloved mom



SELAMAT HARI IBU. . .(PN. FALINA BT PARON)

Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Malaznyeee!!!!

Selamat tengah ary sume!!! ri ni bangun lambat. so,xde mowning2. .huhu. . btw, ri ni ly di katakan awai la gak,an. sebabnya. . . .ada kelas ganti!!! arrgghhh!! bosan gilew. saya pown xtaw la asal lect ni rajin sangat wat kelas ganti. alasan: takot studen tulis dalam penilaian akhir lect xwat kelas ganti. aish!!! kitowang ly ltk ada la kalau nak.studen ni bek2 sumenya. .hahha(gelak jaat). .



So, ri ni daripada xde kelas langsung terus ada kelas. bosannn!!!!!errgghhh!! xly nk tidow lame2. .huhu. . n plg xbez xly g meeting cheer leading. .benci3!!! laz2 suh rumate jew.

blh kiri saya 2 my rumate. .huhu


Sok malam pown ada kelas ganti jugak. bosan la sem ni. lect skema2. cpat la abis sem. xsabo nak alek ipoh. .huhu. . erm, tu lom masuk ag bab esemen. aiyooo!!! ly pensan meh. .huhu. . eerrgghh!!!




p/s:lom mandi ag ni. .hahaha











Read more...

Sunday, April 3, 2011

Memalukan!!

Hye guyz!!!!eergghh!!!agak malang toi la ri ni. memang sadis sangat2. xtaw la nak cakap camne. .huhu. . ada benda yang jadik sampai saya rasa malu sangat100!!! nak cite ke xnak??

eyh??ermm. .errr. .hehehe. .
.
.
.
.
(Selepas 10 minit berlalu)

ermmmm. .errr. .aishhh. .uhuk2. .
.
.
.
(Setelah 1 jam berlalu)
.
.
.
.
Arrgghh!!!k2 nak cerita la ni. .adeyh, malu la plak. .huhu


Pada suatu ary. . .tettttt!!!!woi,buang tebiat pe. bukan masok story telling!!!

Eyh????sori2. .hehhe(malu lagi). .aishh!!!
.
.
.
Ehem2!!!hehe. . erm,citenya berbunyi begini. sedang saya berjalan2. .woi!!pe kes lak ni. .???ingat cite sang kancil pe. .!!aduhhh!!
.
.
.
Ha, ye. .saya trjatuh waktu nak nek bas. .!!!!glurppppp!!!tersasul suda. .huhu. . sakit kowt kaki ni. masih trase hingga ke urat nadi. tapi sakit yg kurasa tak sama ngan malu d muka. .uwaaa!!!!:'( malu dapat, sakit pown dapat. jatuh lak toi2 tersungkur dkt ngan bas. .huhu. . ni sume jalan punye pasal. sape suh xrata. xde skit kaki ni. .



N paling memalukan hero2 kt belakang yang tengok. .adeyh!!!!jatoh SAHAM kowt. .!!!n ni paling malaz nak cite ni. dlm  keadaan saya camtu xde sape pown yang sudi bantu. ishh2!!terok toi. adakah ini lambang rakyat MALAYSIA????nasib bek la xseliuh. kalau seliuh?????agak2 korang pe akn jadi. so,tepuk dada tanya hati,k. 

contohilah sifat ini. .ye,rakyat MALAYSIA. .=)


Tapi dalam aty ni dok bersembang2 n bernyanyi suka ria: kan bez kalau ada hero datang tolong.tambah2 hero nsem. .wahhh!!!

"awak k kew ni??nak saya antakan g klinik. .??" (OMG!!)


Panggg!!!!berangan la woi!!!


Ye,sambung balik. aish,kacau jew. .huhu. .saya pown dengan muka yang agak tebal (xtaw bape inci) bangun n nek bas ngan muke seposen. ha??trun sikit?? ye la 5 sen. .huhu. .n nek atas siap cite kat membe waktu nek bas. saya ingat lagi ayat dye. .

"relax jew dye ni cite"

Ha,relax la sangat.nak tutup malu jew 2. anggap xjadi langsung. tapi,kaki ni sakit lak. kompem xly lupa. satu2nya kenangan paling berharga di sem 4. .huhu

p/s:sepanjang perjalanan xtgk hero2 tu. .malu!!!!!




Read more...

Friday, April 1, 2011

1 April. .??

APRIL FOOL!!! 


Perkataan ni kte akan selalu dengar especially ble muncuinya 1 April. saya pown dulu pernah jugak merasa benda ni. tapi, waktu tu saya masih xtaw akan maksud tersirat di sebalik hari ni. cuma yang aneh bagi penduduk Malaysia especially for the Muslim, sudah terang2 perkataan tu dalam bahasa Inggerih. 4 sure la perayaan ni dari BARAT,kn. tapi benda ni masih berleluasa. tidak ada tegahan atau larangan dari sesape. memang la pada dasarnya perayaan ni merupakan hari untuk berjenaka, pembohongan dan bergurau senda. n FOOL tu bermaksud memperbodohkan orang untuk tujuan bergurau. 



Sebenarnya perayaan ini adalah di HARAMkan sama sekali dalam Islam. bukan sahaja ianya merupakan budaya dari Barat, tetapi berbohong atas tuuan untuk bergurau adalah berdosa sama sekali. 


Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,
 
Sabda Rasulullah SAW,

“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.

Sabda Rasulullah SAW lagi, kali ini dari sudut menakut-nakutkan orang, atas tujuan berjenaka.

“ Adalah dilarang untuk seorang muslim, menakutkan seorang muslim yang lain” Abu Dawud dan Musnad Ahmad.


Ada satu lagi sejarah mengenai April Fool ni yang berkaitan ngan orang Islam n kita sama sekali xpatot sambut.  sejarah ini berlaku di Spain di mana orang2 Islam di Spain telah dibunuh dan dibakar hidup2 oleh KRISTIAN kerana ingin menghapuskan orang Islam di Spain pada 1 APRIL. n orang kristian ni merayakannya pada hari ini atas kejayaan pembunuhan beramai-ramai ini. 

Klik link ni untuk taw dengan lanjut klik link dibawah,k. .


Adakah anda sebagai umat Islam sanggup merayakan hari ini dengan cara KRISTIAN??? bagi saya lebih baik kita menngantikannya dengan berdoa untuk roh2 umat Islam yang telah dibunuh semasa di Spain dulu. itu adalah lebih mulia daripada kita menambah dosa menipu kawan-kawan kita serta dalam masa yang sama membenarkan segala apa yang telah dilakukan oleh orang kristian ni.


So,kita xpayah la gatai2 nak sambut benda ni,k. HARAM taw???? marilah kita muhasabah diri n moga korang semua dirdhai Allah s.w.t. kebetulan hari ni ary jumaat so, moh kte same2 sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Al-Fatihah. . 



p/s:pesanan pd diri juga. .=)

Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Tak sia2!!

Hye guyz!!!salam. .erm,entri kali ni mbi agk lewat sikit. tapi xkisah r,kn. actually, pe yg saya nak sampaikan sebenarnya i'm proud to b a UUMian!!hehe. .=) korang mesti tertanya2 kan asal tetiba jew minah ni. cam buang tebiat lak,an. .ooppss!!!hehehe. . 


Aish!!nak cerita la ni. actually ari sabtu ari tu saya join cheer leading untuk game bola sepak antara UUM VS. UTP. wah!!!!cam xcaye lak. .haha. .tapi jangan salah paham eyh. saya bukan join yang menari2 terkinja2 tu. eeyeeww!!!wat malu kat orang. pakai tudung pehtu pakai baju ketat2 melompat2 depan orang. da macam sarkas. .!!!hahaha;p




Saya cuma join pasukan sorak jew. naik sakit tekak saya di buatnya. kat tengkuk macam nak tergeliat. tapi memang bez. paling bez UUM menang 2-0. memang terbaik la,kn. paling bez berlambak2 kad kuning saya tengok reff tu keluarkan. siap ada kad merah lagi. fuiyoo!!ganas2!!huhu. .saya nga tgk bola ni nek panaz b@#$#t. .hahaha!! memang psiko abiz dak2 UTP ni. yang paling xtahan negro UTP tu. asyik men ngelat jew. jap2 jatuh. .memang bikin panas. saya ni memang jenis kaki bola abiz hilang keperempuanan (jadi ganas jew,k. .jangan salah paham). tengok jew la wajah2 pasukan sorak uum. .huhu=)





time ni peh abiz practis. .huhu=)
me n my rumate. .comeyy x??huhu



credit to all the audience!!mmg terbaekk!!!
kusyuk tengok bola. .(padahal berlakon. .;p)


Btw, xkisah la pe pown game tetap terbaek!! congratez to all playerz especially my prenz jersi no 16. nak taw sape??klik sini,k. .we'll sayang u'll. . !!ayat paling xly bla mase sorak ari tu. .huhu=)

p/s:xtaw pe cerita ngan Earth Hour. .kawan2 yg join. .ce cite ce cite. .huhu;p

Read more...

Friday, March 25, 2011

Superhero??eyh. . superheroin??

Salam semua. hye!!erm,tajuk entri utk ari ni agak plik sikit. saya pown plik gak. .hahaha. . camne ni?? ni bukan cam cerita "kapoww" tu eyh yg berangan nak jadi superhero. alaa, yang si Zizan jadi hero tu. taw x?? kalau xtaw klik 'sini'. tapi bila saya tengok cerita tu cam tengok cerita kartun la pulak. especially kat scene2 akhir tu. eyh,jap2. ase cam da lari tajuk ni. saya bukan nak cerita pasal cerita kapoww ni. adeyhhh!!clap2. .

.
.
.
.
Ok2..kita sambung balik. penin xabis lagi la ni. .haha=.=' ha,nak cerita la ni. saya pown xtaw asal jadi camni. ni semua sebab pic profil yang saya letak fb la ni. taw la dapat membe lak jenis kuat drop. memang kene la. especially si azlin a.k.a lin(xckop tinggi), hazwan a.k.a wan giler n suku sakat deme merangkap ketua xbertauliah yusof a.k.a cop. memang puak2 nk makan maki saya tiap2 ary. tambah2 kelas kelana siswa a.k.a pengakap.

ni pic profil dulu. .skang da tuka da. .hehe
Saya taw deme jelez ngan 'kecantikan' saya. .haha. .nama2 yang disebut xyah nak wat2 muntah. da basi da. taw!!!hahaha. taw x diowang panggil saya pe???ni,ha 'power rangers pink'?? nampak bebeno labonnye. n memang kene la ri tu tetiba muncui spek itam sape ntah kat situ. aish!bikin panas toi. .!! ingat da senyap da. tetiba si budak lin ni g letak pic mende alah tu kt group fb lak da. .eeerrgghh!!!!xpasal2 tuka kaler ijau. bukan pink da. .haha

ni la si budak lin tu letak. .aish!!
Btw,thanx ye lin bagi kawan kamoo ni satu kuasa baru. .haha. .;p now,it's time untuk beraksi. sape2 ada prob???^,^


p/s:tetiba malas nak g ko.k sok. .huhu

Read more...

Monday, March 21, 2011

"Warkah Cinta Haruman Syurga"

"Cintakan bunga, bungakan layu,
Cintakan manusia, manusiakan mati,
Cintakan dunia, dunia akan pergi,
Cintakan Illahi, cinta hakiki."


Salam semua. .!!erm,da lame gak xusha2 blog ni. n lame gak saya xwat entri baru,an. masuk2 jew tetiba ada pantun lak,an. .hehe. .don panic,k. xdenye nak buang tebiat eyh.  biasa la. saya agak bz sikit skang ni. ngan esemen,exam,kuiz. fuhhh!!!macam2 la. malaz nak sebut da. serabut asenya. .huhu:p. so, skang agak relax cket. peh ni berperang balik ngan benda2 ni. xpe,kita tinggalkan dulu benda tu.


Erm,entri kali ni stil dalam cintan-cintun. xtaw la saya ni. bukan nga bercinta pown. tapi banyak sangat entri pasal benda ni. nak wat camne. pe orang selalu cakap tu. dalam ati ada taman. .??camtu la. berbunga-bunga jew. .wahhh!!ayat cannot go. .haha=). tengok da lari tajuk.teeettt!!!
-
-
-
K2. .kita sambung balik. jangan mara eyh. erm,kalau tengok tajuk mesti korang cakap. . .wah!!cinta Islamik..!!erm, toi la tu. memang Islamik pown. saya ni dalam sibuk2 pown sempat jugak g dengar ceramah au. jangan main2. .(bangga2. .!!)ish! astaghfirullah. .xbaik2. .hehe. . tu pown sebab free n ada sira. tapi bukan sebab tu jew,au. penceramah dia pown bez. nak taw x???ha,teka la. .haha. .kompem xly jawab la. kowang pernah tengok Imam Muda x??alaa, program realiti paling femez sampai 1 dunia tengok tu. kalau xtaw memang sah xtengok. pe la nak jadi muda mudi zaman sekarang ni. .huhu. . korang kenai x Ustaz Hizbur Rahman??? beliau naib juara Imam Muda. ncem orangnye. tapi kawen da. .huhu. .melepas. .!!=.='

ni la Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi. .

Tapi,memang bez sangat2 ustaz ni. cara beliau bagi ceramah tu memang bez. pandai menarik minat orang nak mendengar. credit untuk ustaz ni. tapi yang paling bez muslimin n muslimat yang datang. perggghh!!!ramai kowt. siap dok kat tangga. tapi dalam banyak2 tempat yang ada, line saya paling ramai orang nak dok. memang lenguh abiz la kaki ni. maunye xlenguh. kalau nk lunjur kaki kang tersepak orng depan. sian lak kat depa. da la dok bawah. tapi, memang credit la untuk depa2 ni. sanggup tu. kalau saya jadi ustaz tu memang terharu abiz r. .huhu


mule2 lengang jew. .da macam xd event. .huhu

ciap dok kt tangga ag. .semangat2!!

pnt tunggu. .ustaz xcmpe2. .huhu

pnin tgk ramai orang ni. .huhu



tapi, walaupun camtu bila da dengar ceramah ni, mula terasa insaf dalam diri. xipikir da pasal sira n free tu. ustaz ni membuatkan saya berfikir. ustaz ni bg tahu. . . .


"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"


Sume orang taw pasal ni,an. so, saya da berjanji pada diri untuk cuba menjadi perempuan yang baik. kita semua taw xde sesape pown yang sempurna dalam dunia ni. saya pown da jadi penceramah lak. hebat toi penangan ustaz ni. .hehe. .tapi tu la yang saya cuba nak sampaikan sebenarnya. kalau kita tgk skang ni banyak kes penceraian berlaku,an. da macam trend lak. especially artis. saya pown xpaham la. kadang2 tu bercinta bagai nak rak 7,8 tahun. bila kawen xsampai sebulan. erm,xphm2!!


Tapi, tu la dinamakan cinta nafsu. kalau cinta tu diselangi dengan takwa+bunga2 keimanan, pasti akan mendapat kebahagiaan sampai akhirat. saya cuma menyampaikan apa yang saya dapat dari ceramah tu. ingat ye kawan2. Ustaz tu ag taw. . .(dari hadis ne saya xpasti)


"segala penyelesaian antara lelaki dan wanita adalah perkahwinan. Apabila kahwin seorang hamba maka sempurnalah separuh imannya. Dan selebihnya hanya untuk Allah S.W.T."


So,sebelum tu saya nak ucapkan thx pada Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi coz sudi datang ke U kami. n saya nak mintak maap kalau saya amik pic ustaz tanpa kebenaran. xdapat nak amik pic real2. .hehe. .so,to u'll kalau nak ikut perkembangan ustaz ni ly like kat fb dye. klik "IM Hizbur"


p/s:tetiba ase nak kawen. .huhu=)



Read more...

Tak pernah di buat orang!!

Salam semua. can i say morning or ntez??da agak blur da ni. entri kali ni saya wat pada koi 4 pagi. erm,kompem korang tertanya-tanya kn apa saya wat tengah2 malam ni ngan tajuk entri camtu. .huhu. . 


Actually, saya n my rumate nga memasak kowt. .hahahaha. .memang xpernah dibuat orang masak time2 camni. bukannya bulan pose nak masak untuk sahur. tapi ni la kalau da lapar sangat. malam tadi makan awai sangat. n bahana xbeli megi awai2 tadi. padan muka!! 


Kat lua bilik tu sunyi jew coz semua orang da masuk alam mimpi. yang kami lak. . .klung!klang!klung!klang! masak nasik untuk makan. salah satu sifat kitorang-xkan tidow kalau perut kosong. .haha;p padahal diri sendiri taw xly makan lewat sangat. taw sebab pe?? coz kompem sok pagi perut jadi kosong. n mula la beby merengek mintak susu. .huhu. . malu woo. .!! dok dalam kelas syp2 tetiba eerrrkkk. . .(xigt camne bunyi perut) haha. .=) mebi sebab tu kami ni ditakdirkan jadi rumate kowt. elok sangat la tu. . 

ni je la lauk kitorang sementara nak tunggu sok. .nasik pown nga masak tu. .huhu


p/s:nak tunggu nasik masak ly tertidow ni. . .zzzZZ

Read more...

Tuesday, March 15, 2011

20 Perkara Yg Buat Org Pompuan Benci Lelaki

Salam kawan2!!!erm,k. ri ni kte masok bab cintan cintun cket la ea. ly,kan??alaa,utk u'll gak. kot la ada kne mgena ngan korang. tapi, pe yang saya nk post kali ni info utk laki sahaja. 4 da gurlz korang baca je la. nanti korang ly la cite kat boy, tunang, suami, skandal n etc. tapi ni utk pengetahuan sahaja. tapi, klu boy yg baca kompem akan cakap 'xsume camtu'. .hehe. . saya taw da. papepun juz baca n take it as an advice,k. kalau ase memang kne kat diri tu pandai2 la utk berubah,k. utk kbaikan u'll jugak. btw, 4 da info, act. i got it from facebook. not copy cat,ya. juz wan 2 share wif u'll. so, HAVE FUN!!!=)


1. MENINGGIKAN SUARA  
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 

2. MAIN KAYU TIGA 
 Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 

3. SUKA ‘CUCI MATA’
 Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
 Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
 Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU  
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN 
 Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI  
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
 Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA  
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
 Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA  
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
 Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK  
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR  
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
 Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN  
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
 Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT  
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO  
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! 

So,amacam??agak2 ada x berkaitan ngan korang?? kalau ada try ubahkan sikap korang tu. kalau x korang mebi xkawen sampai bila2. .huhu:p. kalau yang xde tu alhamdulillah. ly jadi calon suami mithali. .haha=). btw,ni utk laki. mebi after diz i try to look 4 da gurlz. ni utk kbaikan bersama. so,saya nk pnjam kata2 prof izzi. ."renung-renungkan n selamat beramal. ."

so,saya amik artikel ni dari pemilik fb ni t-rah thiroux. dye kawan saya. so kalau nak tgk any komen ly klik "di sini"


p\s:bangun je tido terus wat entri baru. .aish!!(^__^)v



Read more...